(Wix-Logo) Create a site!
100s of templates
No coding needed
Start now >>

Adat Perkahwinan Lundayeh

(irau aweh)

 Di dalam adat masyarakat Lundayeh ibu bapa memainkan peranan dalam menentukan jodoh atau pasangan anak mereka. Seorang teruna(delei baruh) harus menunjukkan kerajinan dan kegagahan manakala bagi gadis(decur baruh) mereka harus menunjukkan kebolehan dalam melakukan kerja rumah. Sekiranya kedua belah pihak sudah berkenan ibubapa kedua-dua pihak akan berunding dan membuat keputusan mengenai furut atau mas kahwin. ​

         Majlis petunduk(pertunangan) dilakukan dan tempoh pasangan ini bertunang bergantung kepada keupayaaan kedua belah keluarga dalam mengadakan kenduri. Peruyud atau gotong royong sebelum majlis perkahwinan diadakan untuk menyediakan keperluan irau aweh. Acara ini diadakan pada awal pagi hari perkahwinan sehingga waktu petang.   Upacara petutup atau bersanding adalah upacara kemuncak dan berlangsung pada waktu malam. Para tetamu akan dihidangkan makanan dan mereka akan minum burak sehingga mabuk.link to

(Wix Logo)
This site was created using
Create your own for FREE >>